Bagaimanakah kedudukan mereka gugur ketika bertugas
mempertahankan negara
Adakah jenazahnya perlu diuruskan sebagai orang yang mati
syahid?
Saya pernah ditanya belas tahun yang lalu, adakah askar-askar
kita di Malaysia yang mati mempertahankan negara dia mati syahid? Saya jawab,
mati syahid. Tetapi banyak yang mengatakan ustaz melalut. Saya katakan mati
syahid!
Kenapa kita katakan mati syahid? Ingatnya, Ad-Dinnu nasihah
Kalau baca hadisnya
“Agama itu adalah nasihat, agama
itu adalah nasihat, agama itu adalah nasihat. Mereka (para Sahabat) bertanya:
‘Untuk siapa, wahai Rasulullah?’ Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam
menjawab: ‘Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin kaum muslimin, dan bagi kaum
muslimin pada umumnya.”
Ini nasihat. Wahai orang-orang yang beriman... Taati Allah,
taati Rasul dan ulul-amri di kalangan kamu.
Jika sekarang jadi perselisihan bahawa orang yang mati seperti askar
atau polis yang bertugas, dia mati syahid, kerana negara kita negara Islam.
Saya sudah jelaskan dalam Tauhid Hakimiyah tentang apa itu
Negara Islam. Lihat ya, dalam sebuah hadis
"Tiada Islam kecuali dengan
Jemaah, tidak ada jemaah kecuali dengan pemerintah
Tidak ada pemerintah kecuali dengan ditaati.” Hadis ini
hadis sahih.
Jadi, Apakah kita punya pemerintah?, Ya, Apakah dasar
pemerintah kita? Pemerintah kita, pemerintah Islam, saya dah bincangkan
berkali-kali, dan apabila negara kita negara Islam (bacakan hadis) "Siapa
yang menarik ketaatannya kepada pemerintah ini, maka pada hari kiamat Allah
akan tinggalkannya tanpa hujah."
Jadi di dalam Islam yang perlu kita jaga, tiga yang paling
besar. Subhanallah, ada hadis-hadis yang... (bacakan hadis riwayat muslim)
"Setiap muslim atas muslim yang lain, haram" dan perlu dipelihara.
Apa yang perlu dipelihara? Darahnya!, kedua hartanya, ketiga kehormatannya.
Kehormatannya adalah negara. Ok, siapa yang patut memelihara negara ini,
pemerintah.
Kita boleh ambil pistol, ambil senapang M-16 untuk mempertahan
orang yang mencabuli negara kita, tak! Kita tak mampu. Yang mampu siapa?
Pemerintah. Oleh kerana pemerintah adalah pemerintah Islam, maka kita
diwajibkan taat. Sejumlah hadis, berpuluh hadis menunjukkan kita kena wajib
patuh kepada pemerintah yang ada pemerintah Islam ini, maka siapa yang melawan
adalah khawarij. Siapa melawan pemerintah Islam (adalah) khawarij. Sehingga
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mengatakan (membaca hadis) "Apabila
kamu berjumpa khawarij hendaklah kamu lawan, bunuh dia, tetapi yang membunuh,
yang melawan ialah orang-orang yang diizinkan oleh pemerintah, siapa dia, askar
dan polis. Bila askar dan polis menjaga tiga hak orang islam ini, darahnya,
hartanya dan negaranya, maka dia mati dalam keadaan Islam, maka dia mati
syahid.
Allah mengatakan.. (Al-Baqarah: 154) …dan jangan kamu sangka
orang yang mati dalam jalan Allah ini mati, tetapi dia hidup di sisi Allah dan
mendapat rezeki, dia sedang hidup. Makanya saya katakan dulu, askar-askar kita
yang mati sepatut tidak ditanam seperti macam ini. Ditanam seperti, matinya
orang mati syahid.
Saya boleh datangkan sejumlah hujah untuk mengatakan askar
kita mati syahid. Maka askar kita sepatutnya ditanam dikebumikan seperti orang
mati syahid, dia tidak perlu dikapankan, tidak perlu dimandikan. Dengan pakaian
perangnya, dengan uniformnya, ditanam.
Dan, saya katakan orang yang paling mulia dipermukaan bumi
adalah orang yang nak mati syahid. Makanya askar-askar kita dahulu, kalau dia
daftar, kalau dia tak dapat, dia menangis. Lain beza negeri lain, dipaksa jadi
askar. Kalau dapat jadi askar, dia menangis, dia tak suka. Betulkan, cuba
tanya. Negeri kita lain. Kerana negeri kita diasaskan dengan asas Islam. Piagam
negeri kita, ditubuhkan di antaranya Islam. Bukan Islam agama rasmi, tetapi Islam
(terkandung) di dalamnya. Yang dipersetujui oleh raja-raja. Jadi negeri kita,
negeri Islam jadi pejuang-pejuangnya adalah mati syahid.
Kuasa ada dua, kuasa di tangan raja dan satu kuasa di tangan
pemerintah yang dikatakan Perdana Menteri dan kabinet dan sebagainya. Tapi, kedua-dua
ini adalah pemerintah. Jadi orang-orang yang menentang pemerintah, saya katakan
khawarij dan orang-orang khawarij ini nabi mengatakan “kilabunnar, kilabunnar,
kilabunnar” sehingga nabi mengatakan seburuk-buruk orang yang mati di dalam
dunia dipermukaan bumi ini ialah orang-orang khawarij. Jika ditanyakan kepada
saya sampai bila-bila saya katakan bahawa askar-askar kita yang mati ataupun
terbunuh itu saya katakan itu syahid.
Kalau dimintakan satu kuliah untuk menjelaskan tentang ini,
saya sedia membuat satu buku memperkatakan bahawa askar di Malaysia ini kalau
mati, matinya sahid, maka berbahagialah keluarganya kerana orang-orang mati
syahid dia tidak mati.
“bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan
mendapat rezeki.” (Lihat: Surah Ali ‘Imran:169-171)
Tetapi rezeki yang Allah beri
kepada mereka bukanlah seperti kita makan di dunia, layak dengan alamnya. Jadi
siapa yang menafikan, dia telah nafikan firman Allah, siapa yang nafikan dia
telah nafikan sabda rasulullah saw. Takkanlah mati syahid dahulu sahaja. Ada yang
mengatakan dia mati syahid kalau pemerintahnya, pemerintah Islam. Malaysia
pemerintah Islam. Saya telah jelaskan dalam tiga buku saya. Pertama, buku Demokrasi,
kedua buku Tauhid Hakimiah dan Kewajipan Sikap Ahli Sunah Wal Jemaah terhadap
Pemimpin dan ada buku-buku yang lain.
Saya tekankan terus supaya orang Malaysia sedar bahawa
Malaysia adalah negeri Islam. Jadi kalau kita mempertahankan agama,
mempertahankan negara dan mempertahankan nyawa orang-orang Islam, orang yang
mempertahankannya kalau mati, mati syahid. Ia dinamakan syahid kubra. Adapun syahid sughra kalau seseorang datang ke rumah
seseorang nak merompak kita pertahankan jika mati, mati syahid juga, Tetapi
syahid ini dinamakan syahid asghar.
Jadi percayalah bahawa orang yang mati dalam peperangan itu adalah mati dalam
keadaan mati syahid.
Orang yang menafikan, sila bawa hujah. Kalau dia ada hujah
maka saya tarik apa yang saya katakan. Saya telah membaca, alhamdulillah
kitab-kitab tentang mati syahid. Saya pernah tanyakan kapada syeikh Salih
Fauzan Al-Fauzan tentang Malaysia ini, beliau mengatakan bahawa Malaysia adalah
negeri Islam. Musim haji beberapa tahun yang lalu saya dapat Syeikh Abbad, setelah
saya kenalkan diri saya, saya katakan saya dari Singapura, tetapi sekarang
duduk di Malaysia. “Duduk di Malaysia, Malaysia negeri Islam” dia suruh saya
pindah. Dia tahu bahawa Singapura bukan negeri Islam, Malaysia negeri Islam.
Saya tak sempat cakap banyak kerana orang yang nak soal banyak. Kebetulan pada
masa itu dia baru lepas kuliah saya dapat duduk di tepinya saya bertanya sekali
lagi. Adakah Malaysia negeri Islam, “Malayzia daulah Islamiah”
Kita baca semua kitab-kitab syarah, apabila negerinya Islam,
pemerintahnya Islam. Siapa yang mempertahankan negeri Islam ini, matinya mati
syahid. Siapa yang mempertahankan tiga ini,
“Kullu muslimi ‘alal muslimi haraamun dammuhu wa maaluhu wa ‘irdhuhu:
Setiap muslim atas muslim yang lain haram darahnya, kehormatannya dan hartanya.
(HR. Muslim)
Setiap Islam atas seorang Islam yang lain, haram untuk
mencabuli apadia? Pertama, darahnya ertinya dia tidak boleh dibunuh. Kedua,
hartanya. Ketiga, kehormatannya. Kehormatan kita adalah negara kita. Bagi orang-orang
yang beriman hadis Muslim ini tidak boleh dipertikaikan. Ini bermakna kita kena
selamatkan orang Islam. Pertama nyawanya, kedua hartanya, ketiga kemuliannya.
Yang dimiliki oleh kita ini sahaja. Kita punyai nyawa, harta dan negara. Maka
orang yang menyelamatkan negeri ini, askar-askar yang mati dalam peperangan
ataupun yang mempertahankan, hatta kalau (polis) trafik itu mati kena langgar
dalam masa bertugas, saya katakan itu mati syahid. Cuma insiden seperti itu
syahidnya shahid asyghar. Tetapi
kalau mempertahankan dengan senjata seseorang yang nak mengkhianati negeri ini,
harta orang Islam dan hendak menumpahkan darah orang islam, kalau dia
mempertahankan kerana dia telah diberi tugas dan amanah untuk menjaganya, kalau
dia mati, dia mati syahid.
Kalau ini kurang difahami, cuba tanya terus. Apa masalahnya
sehingga kita tidak mahu menerima bahawa negeri ini negeri Islam dan matinya
rakyat yang mempertahankan negara yang diberi amanah seperti askar, dan seperti
polis kalau mareka nafikan matinya bukan mati syahid, berikan hujah. Dan, di
dalam hadis
"Sultan (penguasa/pemimpin) adalah naungan Allah yang ada di bumi,
barangsiapa menghormatinya, Allah akan menghormatinya, dan barangsiapa yang
menghinakannya, maka Allah akan menghinakan dirinya"
Siapa yang memuliakan menjaga negara ini sebagai negeri
Islam, Allah akan muliakan. Orang yang paling mulia mempertahan negara ini setelah
mati, itulah yang dikatakan mati syahid.
Makanya, kalau orang-orang yang sekarang mati syahid… tidaklah
orang-orang yang kematian anak, kematian bapa apabila dianggap syahid dia tidak
akan kecewa, malah dia bangga. Selalu kita katakan pahlawan kita, tetapi kita
katakan SYUHADA kita itu lebih tepat.
Syuhada meraka, mereka bukan dikatakan pahlawan. Pahlawan
lain, syuhada lain, syuhada Allah beri kurnia yang tinggi di sisi Allah
subhanahu wataala. Meerka telah melindungi apa yang Allah lindungi di permukaan
bumi ini.
BERJIHADLAH DENGAN WANG KAMU DAN DIRI KAMU
Askar kita berjihad dengan mempertahankan kemualian tiga
ini, nyawa, harta dan kehormatan.pemimpin dan negara. Adakah disia-siakan pengorbananya?
Tidak. Muliakan mereka, kerana mereka benar-benar mati syahid. Kerana mereka
memuliakan darah orang Islam, harta orang Islam, pemerintah-pemerintah orang
Islam dan kehormatan orang Islam.
Sila ikuti penjelasan seterusnya dalam rakaman ini...

